Friday, 8 March 2013

Cara-cara Belajar Dengan Mengikuti Cara Imam Syafie




CARA MENCONTOHI KEGIGIHAN IMAM SYAFIE DALAM MENUNTUT ILMU

    Di antaracara-cara mencontohi kegigihan imam syafie dalam menuntut ilmu ialah:-
·         Sebagai umat Islam kita haruslah belajar dan mencari ilmu agar kita dapat memajukan institusi Islam di dunia agar umat Islam tidak dipandang rendah oleh agama yang lain. Hal ini sejajar dengan pendapat ini jika kamutidak mempunyai harta, kamu mempunyai ilmu untuk menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat.
·         Kita juga perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh agar kita dapat menguasai sesuatu bidang dengan sempurna dan menyeluruh.
·         Untuk mencari ilmu kita perlulah selalu berhijrah ketempat tumpuan para ilmuan. Imam Syafie pernah belajar  dibanyak tempat antaranya ialah Makkah,Madinah,Yaman,Iraq dan banyak negara lagi. Sudah tentu kita pernah mendengar perkataan ini jika kamu  ingin mencari ilmu, carilah ilmu sehingga ke negara China.
·         Kita perlulah belajar sejak usia muda lagi kerana sewaktu muda otak kita cepat berkembang. Inilah yang dilakukan oleh Imam Syafie .sewaktu umur beliau 12 tahun beliau telah menghafal kitab Al-Muattok,karangan Imam Malik. Beliau juga menghabiskan usia mudanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
·         Kita juga perlu bijak membahagi masa seperti yang dilakukan oleh Imam Syafie seperti:-
1) 1/3 malam untuk berehat.
2) 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
3) 1/3 malam untuk beribadat


Kita perlulah mengikuti jejak Imam Syafie dalam mencari ilmu pengetahuan.Tetapi  janganlah kita menjadi riak apabila kita telah berjaya menguasai sesuatu bidang keilmuan.

SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

ASSALAMMUALSAIKUM...

1 comment: