Monday, 16 June 2014

MARILAH BERZIKIR


Zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.
Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.
Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’ .” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Saturday, 22 February 2014

Marilah Beristighfar


Wahai saudara dan saudari sentiasalah bibir kita beristighfar.....
-jika kamu sedar akan kesilapan maka - beristighfarlah
-jika hati kamu resah dan gelisah maka - beristighfarlah
-jika keadaan kamu dalam kesempitan - beristighfarlah
-jika kamu dalam kebingungan - beristighfarlah
-jika kamu ingin mendekati Allah - beristighfarlah
Mudahan kita diberi kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang
Muhasabahlah diri kita
Gambar: Wahai saudara/i sentiasa lah bibir kita beristighffar.... 
- jika kamu sedar akan kesilapan maka beristighfarlah
- jika hati kamu gelisah dan resah - beristighfarlah
- jika keadaan kamu dalam kesempitan - beristighfarlah
- jika kamu dalam kebingungan - beristighfarlah
- jika kamu ingin dekati Allah - beristighfarlah 
Mudahan kita diberi kekuatan menghadapi setiap dugaan yang mendatang
Ayuh!! Muhasabah diri anda... Tak Muhasabah - anda ceroiiiii

Saturday, 13 July 2013

KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Selepas bulan syaaban, inilah bulan yang kita nanti-nantikan iaitu bulan RAMADHAN AL-MUBARAK. Di dalam bulan ini allah S.W.T telah mengurniakan pelbagai-bagai nikmat kepada hambanya yang berpuasa. Selain itu di dalam bulan yang mulia ini juga terdapat satu malam yang istimewa yang tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain iaitu malam lailatulqadar yang di dalamnya penuh kenikmatan.

Bulan ramadhan terbahagi kepada 3 bahagian.

antaranya ialah 
1.kerahmatan (10 hari pertama)
2.keampunan (10 hari di tengah bulan) dan
3.kebebasan daripada api neraka (10 hari terakhir di bulan ramadhan)

Jesteru itu, jadi, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan ini dalam bulan yang mulia ini. diharap kita akan menjadi manusia yang cemerlang,gemilang,dan terbilang di dunia dan juga di akhirat

Friday, 15 March 2013

KIAMAT 2012 SUATU PENIPUAN

Untuk Orang Islam ! : JANGAN MALAS ! BACA NI !

Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun lepas kan??
JANGAN percaya lagi !!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Friday, 8 March 2013

Cara-cara Belajar Dengan Mengikuti Cara Imam Syafie




CARA MENCONTOHI KEGIGIHAN IMAM SYAFIE DALAM MENUNTUT ILMU

    Di antaracara-cara mencontohi kegigihan imam syafie dalam menuntut ilmu ialah:-
·         Sebagai umat Islam kita haruslah belajar dan mencari ilmu agar kita dapat memajukan institusi Islam di dunia agar umat Islam tidak dipandang rendah oleh agama yang lain. Hal ini sejajar dengan pendapat ini jika kamutidak mempunyai harta, kamu mempunyai ilmu untuk menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat.
·         Kita juga perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh agar kita dapat menguasai sesuatu bidang dengan sempurna dan menyeluruh.
·         Untuk mencari ilmu kita perlulah selalu berhijrah ketempat tumpuan para ilmuan. Imam Syafie pernah belajar  dibanyak tempat antaranya ialah Makkah,Madinah,Yaman,Iraq dan banyak negara lagi. Sudah tentu kita pernah mendengar perkataan ini jika kamu  ingin mencari ilmu, carilah ilmu sehingga ke negara China.
·         Kita perlulah belajar sejak usia muda lagi kerana sewaktu muda otak kita cepat berkembang. Inilah yang dilakukan oleh Imam Syafie .sewaktu umur beliau 12 tahun beliau telah menghafal kitab Al-Muattok,karangan Imam Malik. Beliau juga menghabiskan usia mudanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
·         Kita juga perlu bijak membahagi masa seperti yang dilakukan oleh Imam Syafie seperti:-
1) 1/3 malam untuk berehat.
2) 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
3) 1/3 malam untuk beribadat


Kita perlulah mengikuti jejak Imam Syafie dalam mencari ilmu pengetahuan.Tetapi  janganlah kita menjadi riak apabila kita telah berjaya menguasai sesuatu bidang keilmuan.

SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

ASSALAMMUALSAIKUM...

Tuesday, 5 June 2012

KEPENTINGAN SABAR DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

DI DALAM SURAH AL BAQARAH TERDAPAT AYAT YANG BERMAKSUD DAN ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG BERSABAR  AYAT INI MENUNJUKKAN BETAPA PENTINGNYA BERSABAR DALAM KEHIDUPAN KITA. DAN INGATLAH ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN UJIAN @ DUGAAN MELAINKAN HAMBANYA TIDAK DAPAT MENGHADAPINYA INI BERMAKSUD ALLAH TIDAK MEMBERIKAN UJIAN @ DUGAAN KEPADA KITA JIKA KITA TIDAK DAPAT MENEMPUHNYA .JADA, SETIAP DUGAAN YANG DATANG KEPADA KITA SEMUA ITU KERANA KITA DAPAT MENGHADAPINYA .WALLAHUALAM..............